Negeri Sembilan Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
设置
震动
音效
题目语言
同时显示原文
translate
Bahasa Melayu
Negeri Sembilan Trial 2026 Bahasa Melayu Kertas 2 · Set 1
Negeri Sembilan 州试卷 Set 1 · 2026
9 题 · 总分 100
150 分钟
评分标准
按原试卷附带的评分标准录入
批改方式
由 AI 按评分标准批改,仅供参考
作答语言
马来文
最后更新
2026-11-19
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa全答 5 题
18 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Sains dan teknologi menjadi ilmu pelengkap kepada ketamadunan manusia. Kemajuan sains dan teknologi merupakan faktor utama kepada penghasilan idea yang segar dan inovatif. Ketika zaman prasejarah, lukisan yang dijumpai di dalam Gua Altamira, Sepanyol menggambarkan seolah-olah berlakunya aktiviti pemburuan. Pelukis prasejarah ketika itu sudah mula merakamkan aktiviti secara visual. Pada abad ke-14, teknologi cetakan mula berkembang maju. Teknologi ini bernilai tinggi kerana menghasilkan cetakan visual yang semakin berkualiti. Perkembangan pesat ini membuktikan bahawa evolusi teknologi cetakan visual menjadi semakin canggih seiring peredaran zaman.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Seni dan Teknologi dalam Animasi’ oleh Mohd Ekram Alhafis Hashim, *Dewan Kosmik*, Bil. 11/2022
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata kerja aktif tak transitif berpelengkap**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata kerja aktif tak transitif berpelengkap** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Belimbing buluh merupakan tumbuhan yang kaya dengan pelbagai kebaikan dan manfaat, terutamanya masyarakat Malaysia. <u>Pelbagai masakan tradisi Melayu menggunakan belimbing buluh sebagai bahan tambahan dan penyedap rasa</u>. Selain itu, buah ini mujarab dalam merawat kulit, khususnya untuk melicinkan kulit muka dan mengatasi masalah jerawat. <u>Melalui hasil penyelidikan, buah ini sangat popular dalam perubatan tradisional</u>. Bunga belimbing buluh boleh digunakan untuk meredakan batuk. <u>Buah belimbing yang masak digunakan untuk menghilangkan rasa dan bau hanyir ikan air tawar</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masam-masam Si Belimbing Buluh’ oleh Noraini Talip dan Mohamad Ruzi Abdul Rahman, *Dewan Kosmik*, Bil 6/2025
Kenal pasti **subjek** dan **predikat** untuk ayat-ayat yang bergaris dalam petikan ini. Tulis jawapan anda seperti contoh yang berikut.
Subjek : ……………………………
Predikat : ……………………………
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3’, Kementerian Pendidikan Malaysia
5 分
Bahan 2
Penyakit rabies atau anjing gila ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus *lyssaviruses*. Virus ini dibawakan oleh haiwan seperti anjing, kucing dan kelawar. Jangkitan berlaku bila haiwan yang terkena jangkitan ini menggigit atau mencakar haiwan lain atau manusia. Air liur dari haiwan tersebut merupakan ajen pembawa virus *lyssaviruses*. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil jika digigit adalah segera mencuci bahagian yang digigit dengan sabun dan air bagi menghilangkan kesan air liur. Rawatan luka juga perlu didapatkan oleh kita di pusat kesihatan atau hospital yang berhampiran selaju mungkin.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3’, Kementerian Pendidikan Malaysia
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, "Teririk bangkai pula aku ini!"
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, "Ceh, mati engkau olehku!"
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Aku dan Salmah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Salmah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau apa-apa berlaku sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Salmah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Nyatakan **tiga** peribahasa yang menggambarkan **tiga** situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **semua bahan** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Makanan warisan di Malaysia melangkaui sempadan etnik dan kepercayaan, sekali gus mempertautkan ukhuwah masyarakat dalam satu acuan budaya yang bersifat universal. Walaupun secara asasnya makanan dihasilkan oleh etnik tertentu, namun disebabkan oleh *proses asimilasi*, makanan ini terbukti mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Keunikan rasa yang dipersembahkan melalui makanan warisan menarik hati kaum lain untuk mencuba dan menggemari makanan warisan ini. Tambahan pula, resipinya telah diadaptasi daripada bahan-bahan semula jadi yang didapati daripada sumber alam dan persekitaran setempat. Contohnya, masyarakat negeri Pahang telah menggunakan bahan semula jadi seperti santan, belimbing buluh, kunyit, lengkuas dan halia untuk digunakan ketika menyediakan hidangan lauk-pauk, kuih-muih dan aneka sambal.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Makanan Warisan Simbolik Kearifan Masyarakat Setempat’ oleh Siti Jamilah Mohd Sukri, Dr Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar, https://www.bernama.com
**Bahan 2**
Makanan tradisional ialah cerminan yang indah dari aspek budaya, sejarah dan kepelbagaian masyarakat di negara ini. Nasi lemak, rendang, laksa, sate atau kuih lepat telah menjadi identiti makanan Malaysia yang dikenali di seluruh dunia. Hidangan ini memiliki sejarah yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat dan budaya di Malaysia. Setiap hidangan memiliki rasa, aroma, dan teknik memasak yang khas selain sering kali berkait erat dengan perayaan, ritual dan identiti masyarakat tertentu. Makanan tradisional Malaysia memikat masyarakat dengan kepelbagaian rasa dan aroma yang menarik. Masakan Melayu yang pedas, kelazatan rempah India, hingga hidangan Cina yang segar mampu menyumbangkan keunikan setiap suku bangsa. Tidak hanya tentang rasa, makanan tradisional juga membawa nilai-nilai dan tradisi dalam setiap sajian.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hormati Warisan Makanan agar Rasa, Nilai Budaya Tetap Hidup’ oleh Nurul Insyirah Aziz, https://www.utusan.com.my
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *proses asimilasi*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, berikan bukti yang menunjukkan bahawa makanan warisan Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
3 分
iii
Makanan warisan Malaysia merupakan khazanah budaya bangsa yang tidak ternilai dan perlu dipelihara dari semasa ke semasa.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran untuk memastikan makanan tersebut diwarisi oleh generasi akan datang?
4 分
iv
Rakan anda merupakan seorang pengusaha restoran. Dia berhasrat untuk mempopularkan makanan tradisi rakyat Malaysia sebagai menu istimewa di restorannya.
Sebagai rakan yang berpengalaman luas dalam bidang ini, apakah cadangan-cadangan anda untuk membantu rakan anda.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Nadi Bumi. Secara saintifiknya, akar ini merupakan sejenis variasi Rafflesia yang telah bermutasi.
Saya boleh sahaja mencampurkan sedikit ekstrak Datura ke dalam ramuan ini. Tiada siapa yang akan tahu. Jeneral akan mati akibat kegagalan jantung atau komplikasi pendarahan.
Namun, tangan saya tidak bergerak untuk mencapai balang racun. Sebaliknya, saya menekap pes Nadi Bumi itu terus ke dalam lubang luka di perut Jeneral Kassim.
"Arghhh!"
Jeritan Jeneral Kassim memecahkan kesunyian malam, lebih nyaring daripada bunyi tembakan di luar sana. Tubuhnya melenting, urat lehernya timbul sebesar ibu jari.
"Tahan dia! Jangan biarkan dia terlepas!" tempik saya.
"Dia…dia menggelepar seperti orang diserang sawan, tabib! Apa yang kau lakukan padanya?!"
"Ini tindak balas biasa. Ubat itu sedang bekerja dalam tubuhnya," balas saya sambil menekan kuat pada luka tersebut.
Dipetik daripada cerpen *Saya Seorang Dukun* oleh Hidayyah At Mizi, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
"Nasib akau masih ada lagi akar kayu tokan ini," kata Dazung Sihan lalu menghampiri tubuh Tutuh. Dia kemudian menumbuk anak kayu tersebut dan memasukkan sedikit air lalu dicurahkan ke telapak tangan Tutuh yang terkoyak antara jari telunjuk dan ibu jarinya. Kening Dazung Sihan berkerut apabila dia melihat koyakan telapak tangan Tutuh yang dirawatnya.
Sebaik sahaja resapan air kayu tokan tersebut dituang pada koyakan luka, Tutuh menggeleng kepalanya. Herotan wajahnya begitu memeritkan. Selepas itu, Tutuh longlai. Darah sudah tidak mengucur lagi dari tempat luka di tangannya. Edas dan Tip saling berpandangan.
"Tak mengapa, pagi nanti sedarlah Tutuh tu. Akar kayu tokan ni memang berkesan merawat bisa jani tu," ulang Dazung Sihan. Dia mengurut janggut yang berjuntai putih di dagunya.
Dipetik daripada novel *Anak Kejaman Long Segaham* oleh Dahiri Saini, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 3**
**Penawar Hijau di Pinggir Rimba**
Di celah belukar tumbuh merimbun,
Si daun kasar berbulu halus,
Menyimpan khasiat di dalam rimbun,
Penawar luka yang amat tulus.
Pucuknya dipetik ditenyeh lumat,
Menitis hijau cecair sakti,
Ditekap pada luka dengan cermat,
Darah yang mengalir berhenti pasti.
Bukan sekadar hiasan di laman,
Sakti senduduk mujarab sekali,
Parut ditutup ditelan zaman,
Warisan alam kekal abadi.
SHAF
2021
i
Berdasarkan **Bahan 3**, nyatakan kegunaan daun senduduk dalam bidang perubatan.
2 分
ii
Dengan merujuk **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan keadaan Jeneral Kassim dan Tutuh selepas menerima rawatan.
3 分
iii
Rawatan alternatif seperti bekam, akupuntur dan Ayurveda merupakan satu kaedah rawatan bagi sesuatu masalah kesihatan.
Pada pendapat anda, mengapakah kaedah rawatan ini semakin mendapat perhatian masyarakat?
3 分
iv
Ibu anda mengalami masalah kesihatan tetapi dia enggan mendapatkan rawatan di klinik kerana proses penyembuhan yang lama. Sebaliknya, dia mahu membeli produk kesihatan yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit dengan cepat. Namun, anda mendapati produk tersebut tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagai seorang anak yang prihatin, apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk memastikan ibu anda mendapat rawatan yang betul dan selamat?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> "Kamu tentera Jepun? Apa yang kamu mahu daripada aku?" tanya Samad terketar-ketar.
>
> "Kami mahu kamu bekerjasama dengan kami," jawab lelaki itu.
>
> "Untuk apa?" tanya Samad lagi.
>
> "Kami datang untuk membebaskan Singapura daripada penjajah British. Singapura untuk orang Singapura. Kamu mesti bekerjasama dengan kami. Kamu akan diberi hadiah lumayan jika kamu setuju". Lelaki Jepun itu membuat tawaran.
>
> Samad masih was-was. Dia serba salah. Muncung senjata itu masih tepat di mukanya. Lelaki Jepun itu mengarahkan dua orang rakannya mengalihkan muncung senjata mereka.
>
> "Setelah askar British menyerah kalah, kamu akan dilantik menjadi ketua orang Melayu di Singapura. Kerajaan Jepun akan membayar kamu gaji pada setiap bulan," lelaki Jepun itu membuat tawaran.
>
> Tawaran itu cukup mengujakan Samad. "Betul apa yang kamu katakan ini?"
>
> Lelaki Jepun itu mengangguk. "Kami tidak menipu."
>
> Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan kata-kata yang dituturkan oleh tentera Jepun untuk mempengaruhi Samad agar bekerjasama dengan mereka.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang wajar dihindari oleh pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Dunia moden hari ini dihambat dengan kemajuan teknologi digital yang mempercepat penggunaan peranti elektrik dan elektronik. Telefon pintar, komputer dan televisyen telah dianggap sebagai keperluan harian. Sejajar dengan perkembangan ini, negara turut berdepan dengan masalah besar iaitu lambakan sisa elektronik. Kajian menunjukkan sisa elektronik mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar seperti plumbum, merkuri dan arsenik. Pendedahan kepada bahan tersebut boleh menyebabkan sistem badan manusia mengalami kerosakan saraf dan masalah pernafasan. Bahan-bahan ini boleh memasuki tubuh manusia melalui udara, air dan makanan yang tercemar.
Aktiviti pemprosesan sisa elektronik secara haram menyukarkan pengurusan sisa elektronik di dalam negara. Premis haram memproses komponen elektronik bagi mendapatkan logam berharga tanpa sistem kawalan pencemaran. Kemasukan sisa elektronik dari luar negara yang meningkat setiap tahun juga menyebabkan sisa elektronik sukar diurus dengan baik. Penemuan kontena di pelabuhan Malaysia telah membuktikan bahawa wujud pengimportan sisa elektronik secara haram. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan sebanyak 2,000 hingga 3,000 kontena sisa elektronik dibawa masuk ke pelabuhan negara. Kualiti hidup masyarakat akan terjejas ekoran berlakunya pencemaran udara dan air akibat pelupusan sisa elektronik secara haram.
Proses pelupusan dan kitar semula elektronik memerlukan teknologi khas kerana mengandungi bahan berbahaya. Kos pengurusan dan teknologi yang tinggi menyebabkan sisa elektronik sukar diuruskan secara efisien. Tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan sisa elektronik mampu meningkatkan jumlah sisa pepejal negara. Rentetan daripada itu, tapak pelupusan sampah menjadi semakin penuh akibat lambakan sisa elektronik. Peralatan elektronik yang rosak sukar dilupuskan kerana mengandungi bahan yang tidak mudah diurai. Sisa elektronik merupakan ancaman senyap yang perlu kita tangani. Kesejahteraan masyarakat hanya akan dapat dicapai jika teknologi diurus dengan bijak, bertanggungjawab dan beretika.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘E-Waste Ancam Kesejahteraan Manusia, Alam Sekitar’ oleh Haryati Shafii, *Utusan Malaysia* 4/3/2026
**Bahan 2**
**Bahan 3**
**Jejak Sisa Elektronik**
Di hujung kota
sisa berbisik pilu
skrin hilang cahaya
bumi merintih dalam diam
ekosistem alam kian rapuh
kehidupan menjadi luluh.
Masyarakat bertindak bukan sekadar kata
kitar semula jadikan budaya
menghidupkan semula yang hampir tiada
kesederhanaan itu indah maknanya
alam lestari dijaga bersama.
Ditangan kerajaan kanun dikuat kuasa
menahan rakus manusia yang alpa
kempen kesedaran dihebah sentiasa
agar laba tak kuasai jiwa
bumi ini tanggungjawab kita
hadiah untuk generasi seterusnya.
Umi RA
Seremban
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan. Kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.