Baca petikan di bawah dengan teliti.
Aktiviti bersukan bukan sahaja percuma dan menyihatkan tubuh badan tetapi memainkan peranan penting mengurangkan tahap stres melampau pelajar. Semua aktiviti sukan atau olahraga sama ada badminton, berjoging, lumba basikal dan sebagainya dapat mengurangkan tekanan pelajar kerana membantu mereka melupakan seketika kesibukan menghadiri kuliah dan tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus bekerjasama untuk menggalakkan pelajar bersukan agar mereka dapat menguruskan tekanan yang dihadapi dengan bijak.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Aktiviti Bersukan Bantu Pelajar Tangani Tekanan’ oleh Prof Madya Dr Muhamad Saufi Che Rusuli, *http://www.bharian.com.my*, 20 Jun 2023
Senaraikan **empat kata majmuk**. Kemudian anda dikehendaki membina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan telitinya.
<u>Dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2006 permainan Roblox.</u> Kini permainan Roblox boleh diakses oleh pelbagai jenis peranti dengan lebih 20 juta permainan dalam platformnya. <u>Kerana avatar permainannya yang comel dan berwarna-warni merupakan platform permainan yang kreatif Roblox.</u> Namun, kebebasan pemain mencipta permainan sendiri menyebabkan mereka terdedah kepada kandungan negatif. <u>Telah mengambil langkah proaktif dengan meneliti mekanisme kawal selia baharu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan permainan dalam talian lebih selamat.</u> Selain itu, kini <u>sedang menilai keperluan melesenkan sekurang-kurangnya 10 jenis permainan dalam talian MCMC.</u> Tidak dinafikan bahawa <u>mempunyai kebaikan kepada kanak-kanak dan remaja permainan dalam talian juga.</u> Namun begitu, jika tiada kawalan, remaja boleh mengalami ketagihan yang serius. Oleh itu, <u>perlu memastikan aktiviti ini dipantau dengan bijak ibu bapa dan masyarakat.</u>
Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Permainan Dalam Talian dan Tingkah Laku Remaja’ oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, *Dewan Siswa* Bil. 03/2026
Tukarkan **ayat bersusunan songsang** yang bergaris kepada **ayat bersusunan biasa** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
310 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
**Jenama Tempatan Mendaulatkan Bahasa Tempatan**
oleh: Juliana Mansor
Bahasa Melayu perlu terus diperkasakan sebagai bahasa ekonomi dan perniagaan di negara kita. Pelbagai pihak perlu memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor perdagangan supaya ideologi negara dapat dipertahankan. Namun begitu, masih terdapat syarikat yang menggunakan bahasa asing pada nama produk mereka. Penggunaan istilah komersil juga semakin meluas dalam urusan perniagaan. Keadaan ini dianggap sangat paling membimbangkan oleh pejuang bahasa kerana boleh menjejaskan emej bangsa. Mereka bukan sahaja mengutamakan bahasa Melayu tetapi memartabatkan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi.
Dipetik dan diubah suai daripada *Majalah Dewan Bahasa*, Bil. 01/2024
5 分
Bahan 2
5 分
45 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya.
Dipetik daripada *‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’* dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
5 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Walaupun masih muda, Amir menunjukkan sikap kecil-kecil cili padi apabila dia aktif dalam pelajaran dan kokurikulum. Dia bijak mengurus masa dengan mengulang kaji pelajaran sambil membantu ibu bapanya melakukan kerja di rumah, bak kata orang sambil menyelam minum air. Namun begitu, apabila melihat rakannya yang terpaksa bekerja selepas sekolah untuk membantu keluarga, Amir sedar bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pengalaman itu menjadikan Amir lebih bersyukur dan berusaha bersungguh-sungguh walaupun menghadapi pelbagai rintangan umpama patah sayap bertongkat paruh untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya.
Kenal pasti dan senaraikan **tiga** peribahasa yang terdapat dalam petikan. Kemudian beri **maksud** peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Meniti arus pemodenan ini, industri makanan sejuk beku telah berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini dikatakan demikian kerana industri ini menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup kita yang ringkas dan mudah. Peningkatan makanan ini dijangka berlaku sebanyak 10 peratus pada setiap tahun bermula dari tahun 2000 hingga kini. Peningkatan ini dijangka akan terus berlaku memandangkan makanan sejuk beku telah mula menarik perhatian ramai kerana lebih mudah disediakan.
Keistimewaan makanan sejuk beku adalah disebabkan harganya yang kompetitif, selain mudah untuk disediakan dengan hanya melibatkan proses menggoreng, mengukus dan memanggang. Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh syarikat pengeluar makanan sejuk beku ialah makanan ini menjadi medan persaingan antara pelbagai negara. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak lagi negara yang mempunyai produk makanan sejuk beku jauh *lebih berkualiti* berbanding produk syarikat tempatan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Makanan Sejuk Beku’ oleh Sumayyah Yusop, *Dewan Masyarakat*, Bil. 02/2021
**Bahan 2**
Makanan sejuk beku ialah makanan yang telah melalui proses pembekuan pada suhu sangat rendah. Oleh itu, pembekuan boleh dianggap sebagai salah satu kaedah terbaik untuk memanjangkan jangka hayat makanan tanpa menjejaskan kualitinya secara ketara. Dengan pembekuan yang betul, makanan seperti daging, ikan, sayur-sayuran, dan buah-buahan dapat disimpan dalam tempoh yang lama. Dari aspek pemakanan, makanan sejuk beku yang segar dan diurus dengan baik sebenarnya dapat mengekalkan kandungan vitamin dan mineral hampir sama dengan makanan segar. Sebagai contoh, sayur-sayuran beku biasanya dipetik pada tahap kematangan optimum sebelum dibekukan untuk mengekalkan kandungan nutrisinya.
Makanan sejuk beku juga mampu mengekalkan khasiat makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana sayur-sayuran dan buah-buahan sejuk beku sering kali dipetik dan dibekukan serta-merta untuk mengekalkan khasiatnya. Selain itu, makanan ini tiada bahan pengawet tambahan yang berbahaya. Keadaan ini adalah disebabkan proses pembekuan itu sendiri ialah teknik pengawetan yang selamat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Makanan Sejuk Beku Kian Popular’ oleh Kahirudddin Ahmad Sani, *Dewan Ekonomi*, Bil. 03/2020
i
Berdasarkan **bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *lebih berkualiti*.
2 分
ii
Dengan merujuk **bahan 1** dan **bahan 2**, nyatakan kelebihan-kelebihan makanan sejuk beku.
3 分
iii
Industri makanan sejuk beku mampu memberi pulangan yang lumayan. Namun begitu kebanyakan generasi muda kurang berminat untuk menceburkan diri dalam industri ini.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan mereka menceburi industri tersebut.
3 分
iv
Rakan anda telah menceburi bidang perniagaan tetapi tidak mendatangkan pulangan yang lumayan seperti yang diharapkan. Rakan anda berasa sangat kecewa dan meluahkan hasrat untuk menghentikan perniagaannya.
Sebagai seorang rakan yang telah berjaya dalam bidang tersebut, berikan cadangan-cadangan untuk meningkatkan perniagaan rakan anda.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
"Cikgu, kenapa bahasa kita ada banyak sangat kiasan?" tegur Alif, seorang pelajar tingkatan empat yang tiba-tiba muncul sambil membawa sebuah buku rujukan.
Cikgu Azman tersenyum. Dia menutup buku itu perlahan-lahan. "Alif, bahasa ibunda kita bukan sekadar alat komunikasi. Ia adalah cermin budi dan jiwa bangsa. Setiap kata yang disusun menyimpan nilai kesopanan, kebijaksanaan, dan sejarah nenek moyang kita."
Alif menarik kerusi, duduk bertentangan dengan gurunya. Dia membelek kembali buku di tangannya. "Tapi sekarang ramai yang lebih selesa mencampur aduk bahasa. Bahasa Melayu rasa agak... ketinggalan zaman."
Cikgu Azman tidak melatah. Dia mengeluarkan sehelai kertas kosong lalu menulis dua rangkap kata. "Bahasa menunjukkan bangsa. Apabila kita meminggirkan bahasa sendiri, kita perlahan-lahan kehilangan identiti. Perpaduan juga sukar dibentuk. Lihatlah karya agung seperti yang dikaji ramai Sasterawan Negara, atau cerpen-cerpen tempatan moden yang sarat dengan pengajaran. Semuanya membuktikan kehalusan dan kekuatan Bahasa Melayu."
Kata-kata itu meresap ke dalam sanubari Alif.
Dipetik daripada cerpen ‘Untukmu Guruku’ oleh Kamilah Jauhari, Dewan Siswa, Bil. 03/2019
**Bahan 2**
**DIRGAHAYU BAHASAKU**
Ahmad Sarju
Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.
Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.
(September 2000)
*Manuskrip Luka Bangsa*, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
**Bahan 3**
Ikat jerami muat ke kandar,
Selepas makan mandi di telaga;
Ucap difahami wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan penyatu warga.
Berbanjar cemara di tanah rata,
Tempat teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.
i
Berdasarkan **bahan 1**, nyatakan kesan-kesan negatif sekiranya bahasa Melayu dipinggirkan.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, pengarang menyatakan tentang kepentingan bahasa Melayu. Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut.
4 分
iii
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Namun begitu, usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara kita semakin sukar kerana berdepan dengan pelbagai cabaran.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran tersebut?
3 分
iv
Rakan baik anda sering menggunakan bahasa rojak ketika berkomunikasi sehingga mempengaruhi murid-murid yang lain. Jika dibiarkan tindakan ini boleh merosakkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang utama di sekolah.
Sebagai seorang rakan yang bertanggungjawab, nyatakan tindakan-tindakan yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Masing-masing diam. Pak Cik Bakar kini hanya menyandarkan tubuhnya di tiang warung itu. Matanya memandang ke bumbung zink warung Wak Min yang diterangi cahaya kalimantang. Wak Arif sedang menikmati nasi goreng kampung yang baru dihantar oleh Mak Menah.
>
> Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilihat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah berturap malah rasanya jauh lebih baik daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah ke bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo Daya Gerakan Wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tidak ada kurangnya.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* oleh Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Berdasarkan petikan, mengapakah kampung itu tidak dikatakan terlalu mundur?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaimi Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rohayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menarik perhatian pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Penyakit berjangkit masih menjadi isu penting dalam kesihatan awam di Malaysia. Penyakit seperti demam denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut, keracunan makanan serta hepatitis virus sering menjejaskan masyarakat dan boleh merebak dengan cepat. Penyakit ini juga menjejaskan aktiviti kehidupan seharian masyarakat. Masyarakat seringkali lupa dalam menjalankan tanggungjawab menjaga kesihatan ini.
Amalan kebersihan diri merupakan langkah asas dalam mencegah jangkitan. Mencuci tangan dengan sabun dan air secara kerap dapat mengurangkan penyebaran kuman, terutamanya sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan selepas berada di tempat awam. Selain itu, pengambilan vaksin memainkan peranan penting dalam menguatkan vektor imun. Vaksin membantu melindungi individu daripada penyakit berjangkit tertentu serta mengurangkan risiko penularan dalam masyarakat. Namun terdapat juga segelintir masyarakat yang berpandangan negatif serta menolak pengambilan vaksin ini. Tindakan ini jelasnya menghalang usaha pihak kerajaan untuk mencegah penularan penyakit berjangkit.
Di samping itu, amalan gaya hidup yang sihat dan selamat seperti tidak berkongsi barangan peribadi dan mengamalkan hubungan seksual yang sah dan selamat dapat mengurangkan risiko jangkitan. Namun gaya hidup moden sering menyebabkan masyarakat kurang cakna terhadap masalah kesihatan ini. Masyarakat mungkin kurang kesedaran bahawa penyakit berjangkit mampu menjejaskan produktiviti dan kestabilan ekonomi individu. Pencegahan penyakit berjangkit memerlukan kerjasama semua pihak melalui kebersihan diri, imunisasi, penjagaan persekitaran dan gaya hidup sihat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
Dipetik dan diubah suai daripada ARTIKEL-Mencegah Penyakit Berjangkit di Malaysia: Langkah Praktikal dan Berkesan, oleh Adib Baharudin (UPM), https://sgs.upm.edu.my/ : 26/12/2025
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan. Kemudian buat **satu rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.