Baca petikan di bawah dengan teliti.
Membina impian dan merancang pembelajaran merupakan antara strategi yang membolehkan murid memberikan fokus terhadap peperiksaan yang akan diduduki oleh mereka. Impian boleh dijadikan penggerak atau motivasi dalaman diri untuk terus berusaha kerana tanpa usaha, kejayaan sukar dicapai. Setelah itu, pembelajaran perlu dirancang dengan baik berdasarkan kemampuan yang berteraskan impian yang hendak dicapai. Satu daripada pendekatan untuk membina impian dan strategi pembelajaran termasuklah mendampingi mereka yang telah berjaya atau dikenali sebagai "model peranan". Melalui pendekatan ini, murid mendapat maklumat langsung daripada individu yang ditemui dan mengubah persepsi mereka terhadap kepentingan pendidikan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kecemerlangan Akademik Membina Modal Insan Gemilang’ oleh Dr. Abdullah Yusoff dalam *Dewan Siswa*, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bantu**. Kemudian bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata bantu** tersebut untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Cerun yang tidak diselenggarakan dengan baik menjadi punca kejadian tanah runtuh yang boleh mengancam nyawa manusia. Saluran air yang tersumbat menyebabkan penahan cerun retak dan memecahkan dinding penahan cerun. Penduduk di kawasan berhampiran dengan cerun wajar melakukan pemantauan secara berkala untuk memastikan saluran air tidak tersumbat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memperkasakan Sektor Kemahiran Negara’, *Berita Harian*, 5 Oktober 2018
Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan di bawah kepada **enam ayat tunggal**. Anda tidak boleh mengubah struktur dan maksud asal petikan.
6 分
311 分
Dalam **Bahan 1** di bawah, terdapat **enam kesalahan bahasa** manakala dalam **Bahan 2** terdapat **lima kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Bahan 1
Masyarakat pada masa kini perlu sedar bahawa sungai tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian. Walaupun berlaku perubahan dari segi kemodenan dan kecanggihan teknologi pada setiap peringkat ketamadunan, manusia tetap perlukan sungai sebagai sumber air. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu menanam rasa tanggung jawab untuk memelihara sungai bagi memastikan bekalan air bersih berterusan. Usaha memelihara sungai tidak akan berjaya jika masyarakat hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memberi kerjasama sepenuhnya. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu mengambil insentif dengan mengadakan kempen kesedaran secara berterusan. Kempen seperti ini bertujuan demi untuk mewujudkan kesedaran orang ramai dan kepekaan terhadap keperluan untuk memiliki sungai yang bersih.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Melestarikan Sungai’ oleh Samat Buang, *Dewan Bahasa*, Mei 2017
6 分
Bahan 2
5 分
46 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
6 分
54 分
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa.
Ibu bapa dan murid di Kampung Magandai menunjukkan usaha yang sangat besar dalam menuntut ilmu kerana ilmu pelita hidup. Mereka menggagahkan diri berjalan lebih empat jam meredah hutan, mendaki bukit dan menyeberangi sungai sejauh kira-kira 20 kilometer ibarat alang-alang mandi biar basah demi menghantar anak ke asrama SK Magandai. Mereka mengamalkan sikap tidak mudah putus asa apabila sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran demi memastikan anak-anak tidak tercicir dalam pendidikan. Walaupun penat, mereka tetap bersyukur kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih demi memastikan anak-anak berjaya sampai ke asrama dengan selamat. Hal ini membuktikan kesungguhan dan pengorbanan tinggi mereka dalam menuntut ilmu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lebih 4 Jam Redah Hutan dan Sungai hantar Anak Ke Asrama’ oleh Hazira Ahmad Zaidi dan Siti Rohana Idris, *Berita Harian* 2025
Senaraikan **dua** peribahasa, kemudian **bina satu ayat** menggunakan peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Herba mengandungi pelbagai manfaat kepada kesihatan manusia kerana herba *mengandungi sebatian* aktif semula jadi yang membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh dan menyokong fungsi organ. Contohnya, beberapa jenis herba yang tumbuh liar di Malaysia telah banyak digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu. Tumbuhan ini dipercayai membantu sistem penghadaman dan pernafasan.
Dalam masa yang sama, industri herba membuka peluang ekonomi melalui produk makanan tambahan dan bahan kosmetik berasaskan bahan semula jadi. Walau bagaimanapun, generasi muda kurang berminat terhadap produk herba kerana kurangnya pendedahan tentang cara penggunaan yang betul dalam kehidupan harian.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Herba: Khasiat Buah Zaitun Sarawak’, *Dewan Kosmik*
**Bahan 2**
Tanaman herba boleh didapati secara terus dari kawasan hutan atau melalui proses penanaman daripada benih yang diperoleh. Herba bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan, malah turut digunakan untuk tujuan perubatan, terutamanya dalam kaedah perubatan tradisional. Kaedah perubatan tradisional menggunakan herba bukan sahaja terdapat di negara ini malah amalan ini turut dipraktikkan di seluruh pelosok dunia mengikut budaya masing-masing.
Berpandukan maklumat daripada Jabatan Perhutanan Malaysia, terdapat pelbagai khasiat daripada beberapa jenis tumbuhan atau herba sama ada dari hutan atau di sekeliling penempatan manusia. Walau bagaimanapun tiada penemuan khusus untuk membuktikan penggunaan terawal tanaman herba tetapi mereka telah mengambil masa selama beribu-ribu tahun untuk mengimplementasikan penggunaan herba.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Herba dan Manfaat Penggunaan terhadap Manusia’, oleh Farah Aziz, *Hello Doktor*, 18 Jun 2020
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *mengandungi sebatian*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kebaikan yang diperoleh daripada tanaman herba.
3 分
iii
Penggunaan herba untuk tujuan perubatan sudah bermula sejak dahulu. Di seluruh dunia penggunaan tumbuhan herba sebagai ubat-ubatan menjadi subjek penting dalam bidang pengajian etnobotani.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempopularkan perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat?
3 分
iv
Rakan anda kurang yakin untuk mengambil ubat-ubatan tradisional kerana khuatir akan mengalami keracunan atau kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah saranan yang boleh anda sampaikan kepada rakan anda tentang pengambilan ubat-ubatan tradisional?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak *generasi material* ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Bahan 2**
**Melayu Bangsaku**
Melayu bangsaku,
berakar di tanah sejarah,
berpayung adat dan bahasa,
teguh berdiri menepis zaman.
Pantun berlagu di hujung bibir,
budi disulam dalam setiap tutur,
warisan nenek moyang kau junjung,
tidak luput ditelan arus moden.
Selagi jati diri dipertahankan,
selagi maruah dijaga rapi,
Melayu bangsaku akan terus mekar,
menjadi cahaya di bumi pertiwi
Mawar Berduri
Kuala Lumpur, 2026
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah maksud rangkai kata *generasi material*?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan dua harapan yang ingin diketengahkan oleh penulis.
3 分
iii
Remaja sekarang semakin hilang nilai-nilai patriotik dalam diri.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya isu tersebut?
4 分
iv
Anda merupakan salah seorang pengawas yang terlibat dalam program Sambutan Bulan Kemerdekaan. Anda mendapati beberapa orang murid memasang bendera secara terbalik.
Sebagai pengawas yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk menyelesaikan perkara tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Aku dapat merasakan keanehan dalam diriku pada malam itu. Entah mengapa, kerinduanku terhadap Aiman terlalu memuncak. Kerinduan yang menyebabkan air mataku mengalir menuruni cerun-cerun pipiku tanpa kusedari. Kucuba untuk membayangkan wajahnya. Adakah Aiman masih serupa dahulu? Masihkah Aiman secomel dahulu? Terlalu banyak persoalan tentang Aiman yang kini bergentayangan di benakku.
>
> Kuambil potretnya yang kuletakkan di atas sebuah meja kecil di sebelah katilku. Lalu kutatap berulang kali dan kudakapkan ke dada. Saat itu rindu terlalu menyentuh tangkai hati. Andainya aku ini angin, ingin sahaja aku bertiup ke sana, membelai dan menemaninya sepanjang malam.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah yang berlaku kepada ‘aku’ apabila rindunya terhadap Aiman terlalu memuncak?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang menjadi cabaran dalam masyarakat.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Kini, akses kepada Internet telah menjadi satu keperluan dan sangat mudah dengan adanya telefon pintar, tablet dan komputer. Kanak-kanak dan remaja kini banyak meluangkan masa di media sosial seperti *TikTok* dan *YouTube* yang mendedahkan mereka kepada unsur keganasan, bahasa kasar dan tingkah laku agresif hingga mencetuskan perbuatan buli. Contohnya, mereka menganggap tingkah laku buli sebagai hebat lalu meniru perbuatan tersebut. Peningkatan perbuatan buli yang berlaku, terutamanya melibatkan murid-murid sekolah semakin merisaukan dan tingkah laku ini boleh memberikan kesan yang buruk terhadap mangsa.
Perbuatan buli akan mengganggu perkembangan emosi dan memberikan kesan serius terhadap kesihatan mental mangsa seperti mengalami kebimbangan, harga diri rendah serta gangguan termasuk fobia sosial dan serangan panik. Buli turut menjejaskan perkembangan sosial mangsa apabila mereka mula berasa takut dan hilang kepercayaan terhadap rakan sebaya atau orang sekeliling. Dalam isu ini, pembuli mungkin dipengaruhi oleh rakan sebaya yang menjadi model tingkah laku agresif. Mereka terdorong oleh norma kumpulan dan mahu mengekalkan kedudukan sosial. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila ibu bapa juga tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Terdapat kajian melaporkan mangsa buli sukar tidur sehingga mengalami simptom psikosomatik seperti sakit kepala dan gangguan selera makan akibat tekanan emosi yang berterusan. Oleh itu, kerjasama semua pihak diperlukan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan sihat untuk semua murid.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Budaya Buli: Apakah Punca dan Kesannya’, Akif Safwan, Pelajar Psikologi UKM, jiwadamai.com
**Bahan 2**
**BULI**
Semakin panas isu bertiup
sehingga kadang tak terjangkau oleh akal sihat
trauma dihadap mangsa sepanjang hayat.
Namun tiada yang ambil peduli
khabar duka sekadar singgah
menyapa bagai sapaan angin.
Di mana ayah bonda
institusi keluarga tidak kukuh
sampai segalanya membarah membuak.
Walau isu bertiup
di mana watan
hingga ada nyawa melayang.
Nukilan,
Cikgu Anggerik, SMKSMKL
**Bahan 3**
**SKETSA BULI**
*Di sudut sekolah waktu rehat. Roy sedang menunjal kepala Bob. Bob kelihatan ketakutan dan hampir menangis. Amir dan Siti melihat dari jauh di sebalik dinding.*
**Amir:** Tengok tu, Siti! Roy buli Bob lagi lah. Kesian Bob tu, diam je orangnya.
**Siti:** Ish, geramnya aku tengok! Kenapa Roy tu suka sangat buli orang lain?
**Amir:** Entahlah. Tapi aku pernah dengar cerita, kat rumah Roy tu, bapa dia garang sangat. Dia selalu kena marah buat silap sikit kena marah, kalau tak dapat markah penuh dalam periksa pun kena marah dengan teruk.
**Siti:** Oh... jadi dia hidup dalam tekanan keluarga. Mungkin sebab tu dia selalu nampak marah-marah kat sekolah.
**Amir:** A'ah, lepas tu kau ingat tak? Masa kita sekolah rendah dulu, Roy pun selalu kena buli dengan budak-budak senior, kan? Dia sendiri pernah jadi mangsa buli dulu.
**Siti:** Betul juga! Dulu dia selalu menangis sebab kena ejek. Sekarang dia jadi pembuli sebab ingin membalas balik rasa sakit yang dialaminya dekat orang lain?
**Amir:** Kesian juga dengan nasib dia sebenarnya.
**Siti:** Walaupun kesian, tapi perbuatan dia tetap salah. Kita tak boleh biar je.
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu **rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.