Baca petikan di bawah dengan teliti.
Menurut seorang ahli psikologi, usia remaja merupakan fasa untuk mengenal identiti. Mereka ingin memahami diri sendiri, <u>membina</u> keyakinan dan mencari kedudukan dalam masyarakat. Jika mereka berdepan dengan tekanan yang <u>berpanjangan</u> tanpa bimbingan, mereka cenderung untuk mengalami kekeliruan identiti, pergolakan emosi dan masalah tumpuan. Keadaan sebegini boleh menjejaskan prestasi akademik, <u>kesihatan</u> fizikal dan hubungan sosial. Oleh itu, <u>pendidikan</u> awal tentang kesedaran emosi amat penting untuk membantu remaja memahami perkara yang dialami dan memilih cara yang sihat untuk mengurusnya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Minda, Emosi dan Harapan’ oleh Dr. Rofiza Aboo Bakar, *Dewan Siswa*, Bil.02/2026
Berdasarkan perkataan yang bergaris, kenal pasti **kata dasar** bagi perkataan tersebut. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata dasar** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
25 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Pihak sekolah</u> bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan aktiviti selepas sesi persekolahan. Aktiviti selepas sesi persekolahan diadakan bertujuan untuk <u>melengkapkan sesi pembelajaran formal murid di dalam bilik darjah</u>. Pelaksanaan aktiviti selepas sesi persekolahan memerlukan perancangan yang sistematik agar <u>objektifnya tercapai dan manfaatnya dapat dirasai oleh semua pihak</u>. Bagi ibu bapa yang bekerja, aktiviti ini sebagai jaminan anak-anak akan berada dalam suasana selamat sementara menunggu mereka menamatkan urusan pekerjaan. Kebiasaannya, <u>seramai 20 hingga 40 orang</u> murid terlibat dalam sesuatu aktiviti mengikut jenis program yang dijalankan. Tempat yang paling sesuai jika aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan ialah <u>perpustakaan, bengkel kemahiran hidup, padang atau mana-mana kawasan persekitaran sekolah yang kondusif</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Aktiviti Selepas Sesi Persekolahan Meningkatkan Keterampilan Pelajar’ oleh Mohd. Nasir Zakaria, *Dewan Siswa*, Bil. 2/2026
Bina **lima ayat tanya** yang lengkap dengan menggunakan **kata tanya** yang betul. **Kata tanya** yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan **frasa yang digariskan**.
5 分
312 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
6 分
Bahan 2
Seiring dengan perkembangan era kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT), bidang pertanian mengalami tranformasi ke arah pertanian pintar yang menjadikannya salah satu kerjaya berpotensi tinggi dan berbaloi demi untuk diceburi oleh golongan belia. Minat generasi muda terhadap teknologi dan penyelesaian berasaskan inovasi mendorong mereka menyesuaikan diri akan kemajuan semasa, sekali gus mencorakkan masa hadapan sektor pertanian negara. Antara teknologi yang diaplikasikan di dalam pertanian pintar termasuklah penggunaan dron untuk menabur baja di sawah. Teknologi ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia, malah jimatkan masa operasi. Selain itu, integrasi IoT dalam sistem fertigasi sayur-sayuran membolehkan kawalan nutrien dan pertumbuhan tanaman dioptimakan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pertanian Sebagai Cita-cita dan Kerjaya Belia’ oleh Rabiatul Adawiyah Zainal Abidin, *Dewan Siswa*, Bil. 2/2026
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kini, trend berbasikal bukan sahaja sekadar hobi, sebaliknya mampu menonjolkan semangat kecekalan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan. Sebelum memulakan aktiviti ini, penunggang perlu memastikan basikal berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk mengelakkan sebarang risiko kemalangan. Seterusnya, penunggang basikal juga digalakkan untuk membawa alat pertolongan cemas mini sebagai persediaan awal sekiranya berlaku kecelakaan ketika menunggang basikal. Oleh itu, berbasikal secara selamat harus menjadi amalan yang positif dan kekal dalam kehidupan seharian kita. Janganlah kita melengah-lengahkan masa dengan pelbagai alasan untuk memulakan aktiviti sihat ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Trend Berbasikal Sihat, Bergaya dan Berjiwa Bebas’ oleh Pamela Racha Anak Simon Kuek, *Dewan Siswa*, Bil. 4/2026
Kemukakan **tiga** peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1**, **Bahan 2** dan **Bahan 3** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Jika dahulu bermain permainan video hanya sekadar hiburan masa senggang, tetapi kini telah menjadi satu kerjaya kepada sesetengah orang. E-sukan telah menjadi satu cabang baharu dalam institusi sukan yang sedia ada. Malah, sukan atas talian ini semakin popular dalam kalangan masyarakat di serata dunia. Penyertaan masyarakat dalam e-sukan tidak sia-sia kerana mereka boleh menjana pendapatan daripada hadiah kemenangan yang lumayan.
Di Malaysia, golongan belia antara pemain e-sukan yang paling ramai terlibat secara profesional separuh masa. Penglibatan mereka perlu ditingkatkan untuk melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia pada masa akan datang. Penglibatan mereka dalam e-sukan juga memberikan ruang untuk mendapat penghormatan yang tinggi apabila berjaya mengalahkan nama-nama besar dalam industri ini.
Dipetik dan diubah suai daripada *Berita Harian online*, April 2025
**Bahan 2**
Di Malaysia e-sukan menjadi *semakin popular* dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai sukan kompetitif untuk semua. E-sukan menjadi kegilaan generasi Z dengan pelbagai permainan seperti Mobile Legend, Dota dan Starcraft. Sukan ini juga mula dipertandingkan secara peringkat di Sukan Asia 2022 di China. Oleh itu, golongan belia mestilah melibatkan diri dalam e-sukan dengan lebih aktif untuk membina kerjaya profesional di pentas global.
Atlet e-sukan juga dapat membina pemikiran kritis, inovatif dan kreatif dalam mengendalikan permainan video dan dapat memupuk semangat kerjasama sesama ahli untuk mencapai kemenangan. Bagi seorang pekerja pula menganggap e-sukan ini dapat meredakan tekanan kerja dan mengurangkan stres.
Dipetik dan diubah suai daripada *Berita Harian online*, Jun 2024
**Bahan 3**
i
Berdasarkan **Bahan 2**, berikan maksud *semakin popular*.
2 分
ii
Merujuk **semua bahan**, nyatakan manfaat-manfaat e-sukan.
4 分
iii
Penglibatan golongan belia dalam e-sukan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan terutama pada era industri 4.0.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong peningkatan tersebut?
3 分
iv
Sempena Karnival Kokurikulum, sekolah anda telah menganjurkan pertandingan e-sukan antara rumah sukan. Namun berdasarkan borang penyertaan yang dihantar, pertandingan e-sukan ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan murid.
Sebagai seorang atlet sekolah yang aktif, cadangkan usaha-usaha yang boleh menarik minat murid-murid untuk menyertai pertandingan tersebut.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Pada suatu petang yang redup, Amir duduk sendirian di sisi jendela sambil merenung langit yang muram, seakan *mencerminkan kegelisahan* jiwanya. Hatinya dipenuhi kekeliruan setelah gagal dalam peperiksaan. Datuknya menghampiri lalu bertanya dengan nada penuh hikmah, “Mengapa wajahmu suram seperti awan mendung, Mir?”
Amir menundukkan kepala, suaranya lirih, “Amir takut tidak mampu mencapai kejayaan, atuk.”
Datuk tersenyum tenang lalu berkata, “Wahai cucuku, ilmu itu ibarat pelita yang menyinari lorong kehidupan. Cahaya ilmu mampu menerangi jiwa yang tenggelam dalam kegelapan kekeliruan dan kealpaan.” Kata-kata itu meresap ke dalam sanubari Amir seperti embun menyuburkan tanah yang gersang.
Sejak hari itu, Amir beriltizam menimba ilmu dengan penuh kesungguhan dan istiqamah. Buku-buku motivasi serta kisah kehidupan menjadi teman setianya ketika dilanda kesedihan untuk menghiburkan hati yang berduka. Akhirnya, Amir menyedari bahawa ilmu merupakan teras kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.
Dipetik daripada cerpen *Jejak Cahaya Ilmu*, oleh Pena Bayu
**Bahan 2**
**Pantun Ilmu**
Tinggi menegak si pohon jati,
Tempat burung hinggap berteduh;
Ilmu itu pelita hati,
Kelak hidup akan tersuluh.
Ke pasar tamu membeli halia,
Beli bersama semangkuk laksa;
Orang berilmu sangatlah mulia,
Dikasihi orang setiap masa.
Pak Leman ke pasar tamu,
Singgah membeli sebilah parang;
Bersyukurlah tuan punyai ilmu,
Tidak mudah ditipu orang.
Banyak durinya pohon semalu,
Tumbuh melata dipijak dara;
Serata dunia mencari ilmu,
Ilmu akhirat jangan dilupa.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *mencerminkan kegelisahan*.
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan kelebihan-kelebihan ilmu kepada seseorang.
3 分
iii
Kini penguasaan pelbagai ilmu amat penting dalam pemilihan kerjaya seseorang. Namun begitu, golongan remaja bersikap kurang memberikan tumpuan terhadap penguasaan pelbagai ilmu.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kepada golongan remaja daripada sikap tersebut?
3 分
iv
Seorang rakan anda telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur. Walaupun berasa gembira dengan tawaran tersebut, namun dia berasa sedih kerana ibu bapanya tidak mampu untuk menampung kos pengajiannya kelak.
Sebagai rakan yang prihatin, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk membantu rakan anda tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Masing-masing diam. Pak Cik Bakar kini hanya menyandarkan tubuhnya pada tiang di warung itu. Matanya memandang ke bumbung zink warung Wak Min yang diterangi cahaya kalimantang. Wak Arif sedang menikmati nasi goreng kampung yang baru dihantar oleh Mak Menah.
>
> Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilihat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah diturap malah rasanya jauh lebih baik daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah ke bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo Gerakan Daya Wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tidak ada kurangnya.
>
> Dipetik daripada novel *Silir Daksina* karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengapakah Kampung Seri Purnama dikatakan tidak terlalu mundur?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Nor
(c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani* karya Beb Sabariah
(g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda kaji, huraikan **satu** peristiwa yang dapat memberikan motivasi kepada pembaca dan kemukakan pendapat anda.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Dunia hari ini semakin mencabar dan pilihan hari ini memberikan harapan pada masa depan. Murid-murid sekolah terutamanya lepasan sekolah menengah perlu mencorakkan perancangan kehidupan bagi menempuh hari-hari mendatang. Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah bidang yang sesuai untuk diceburi. Namun, pelaksanaan ini menghadapi pelbagai cabaran dan semakin sukar dicapai kerana kebanyakan ibu bapa beranggapan bahawa bidang kemahiran hanya untuk murid yang keciciran dalam pelajaran. Bagi mereka, kejayaan akademik anak-anak yang berasaskan peperiksaan awam menjadi keutamaan. Oleh hal yang demikian, stigma masyarakat terhadap bidang kemahiran perlu diubah demi masa depan mereka. Pihak kerajaan perlu melancarkan kempen kesedaran yang menyeluruh tentang kelebihan pendidikan TVET. Kempen ini boleh dilaksanakan melalui televisyen, media sosial dan poster di tempat awam.
Selain itu, terdapat juga masyarakat yang berpandangan bahawa bidang kemahiran sebagai pendidikan kelas kedua menyebabkan mereka tidak ingin menghantar anak-anak mereka untuk mempelajari bidang kemahiran. Malah yang lebih menyedihkan pengkhususan kemahiran dianggap sebagai bidang yang tidak mempunyai masa hadapan dan tidak berpeluang menjawat jawatan yang bergaji lumayan sehingga ada dalam kalangan masyarakat yang memaksa anak-anak mereka belajar dalam bidang akademik walhal anak-anak mereka tidak mampu mengikuti kelas tersebut. Sudah tiba masanya kita berhenti bertanya 'kenapa pilih TVET?', sebaliknya mula berkata 'kenapa tidak?' kerana di sebalik setiap mesin bergerak, setiap sistem berjalan dan setiap industri berfungsi, berdiri seorang insan berkemahiran dan mereka itu produk TVET.
Sehubungan dengan itu, dalam usaha memperkasakan bidang TVET, kerajaan telah menyediakan peluang kepada graduan TVET untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institut pendidikan tinggi (IPT) seperti di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kerajaan telah mewujudkan institusi TVET di seluruh negara seperti kolej vokasional, kolej komuniti dan institut kemahiran berkaitan TVET. Dengan peluang yang disediakan diharapkan dapat memberikan pilihan kepada murid-murid dalam menentukan masa depan mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘TVET lahirkan Modal Insan Berkemahiran’ Prof. Madya Ts. Dr Ahmad Mubarak Tajul Arifin, *Bernama.com*, 14 Mei 2025.
**Bahan 2**
**INFO TVET**
- TVET mampu menyediakan latihan berfokus kepada kemahiran teknikal dan vokasional yang diperlukan dalam pelbagai industri
- graduan TVET mempunyai peluang pekerjaan yang lebih tinggi disebabkan kemahiran yang dimilikinya
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.