Baca petikan di bawah dengan teliti.
Keluarga bahagia menjadi teras keluarga yang cemerlang. Kerjasama setiap ahli keluarga diperlukan bagi mencapai matlamat ini. Jika seisi keluarga hidup dalam ketenangan dan kebahagiaan, nescaya segala elemen negatif seperti perselisihan, pertelingkahan atau perceraian yang menjejaskan keharmonian rumah tangga dapat dihindarkan. Ahli keluarga perlu bersama-sama menyempurnakan tanggungjawab masing-masing seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya demi memastikan kehidupan yang lebih sejahtera. Oleh hal yang demikian, seisi keluarga sama ada tua atau muda perlu bersatu hati mendukung aspirasi ini. Demi kerukunan dan kedamaian keluarga, seluruh anggota keluarga haruslah sentiasa bermuafakat dan berganding bahu dalam apa-apa jua keadaan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pentingnya Keluarga Bahagia’ oleh Thaarmaaraj a/l Ramanathan, *Dewan Siswa*, Bil. 04/2020
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata majmuk**. Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata majmuk** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Amalan membaca sangat penting dan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat.</u> Melalui pembacaan, seseorang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memperluas pengalaman. Buku menjadi sumber rujukan yang penting dalam pelbagai bidang kehidupan. Amalan membaca sangat bermanfaat kepada pelajar. Selain itu, <u>pengetahuan seseorang menjadi semakin luas hasil daripada pembacaan yang berterusan.</u> <u>Masyarakat yang berilmu amat dihormati oleh orang ramai dalam dunia yang serba mencabar ini.</u>
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jadikan Budaya Membaca Sebagai Amalan Hidup Remaja’ oleh Siti Irni Yuslinda, *Dewan Siswa*, Bil 11/2023
Tukarkan **ayat susunan biasa** yang bergaris kepada **ayat bersusunan songsang** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
312 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Penggunaan tenaga solar telah bertapak di Malaysia. Namun begitu, rakyat di negara ini perlu mendapat pendedahan untuk lebih banyak tentang kepentingan tenaga ini yang sinaran matahari jana. Hal ini dikatakan demikian kerana kebergantungan terhadap sumber tenaga ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kuantiti alam sekitar. Tenaga ini bukan sahaja boleh diperbaharukan, malah tenaga yang mesra alam ini menjadikan persekitaran hijau dan amat sungguh bersih. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada sebuah pokok pun yang perlu ditebang dan penanaman baru tidak perlu dilakukan untuk menghasilkan tenaga ini. Kesannya, pelepasan carbon dioksida dapat dikurangkan sebanyak 8328 tan setahun.
Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia
6 分
Bahan 2
6 分
45 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?”
Dipetik daripada ‘*Burung Terbang Dipipiskan Lada*’ dalam *Antologi Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
5 分
54 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
Akif: Fahim, awak sudah pergi ke ekspo jualan pakaian di Tapak Pesta Tanjung Emas?
Fahim: Belum, tapi saya tahu ada ekspo tersebut. Sebelum ini ekspo begini pernah diadakan, namun hanya indah khabar dari rupa. Fesyen pakaian yang dijual sudah ketinggalan zaman.
Akif: Saya sudah ke tapak pesta tersebut semalam. Banyak pakaian berjenama dan fesyen terkini dijual di tapak ekspo jualan pakaian tersebut. Harganya boleh tahan juga. Pada pandangan saya, biar kita alah membeli menang memakai.
Fahim: Betul tu, tapi kita berbelanja biarlah ukur baju di badan sendiri.
Akif: Ya, saya setuju dengan awak, Fahim
Kenal pasti dan **senaraikan** peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan **maksud** peribahasa tersebut.
4 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **semua bahan** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
KUALA LUMPUR : EB Frozen Food merupakan antara pemain industri makanan sejuk beku yang semakin menjadi pilihan masyarakat di negara ini.
EB Frozen Food bukan sahaja menghasilkan produk yang berkualiti malah makanan sejuk beku yang dikeluarkan tahan disimpan lama kerana menggunakan mesin automatik yang membantu dari segi kepantasan dan ketekalan kualiti produk yang dihasilkan. Bagi menjamin produk yang berkualiti, pihak mereka sentiasa akan memastikan proses pengeluaran hinggalah kepada pengedaran berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut standard serta piawaian yang ditetapkan.
Mereka menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF) yang canggih pada kira-kira -40°C bagi menjamin produk makanan yang segar walaupun selepas penyahbekuan. Penyimpanan di bawah tahap negatif ini bertujuan supaya tidak merosakkan produk dari segi rasa, rupa bentuk dan tekstur produk.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘EB Guna Teknologi Canggih Hasilkan Produk Sejuk Beku Tahan Lama’ sinarharian.com.my, 9 Mei 2021
**Bahan 2**
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *kualiti produk*.
2 分
ii
Dengan merujuk **semua bahan**, nyatakan ciri-ciri produk makanan sejuk beku kepada masyarakat.
3 分
iii
Industri makanan merupakan salah satu sektor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun begitu, industri ini turut berdepan dengan pelbagai cabaran.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran tersebut?
3 分
iv
Rakan anda bercita-cita ingin membuka sebuah restoran. Namun, dia tiada pengalaman dan tidak tahu tentang risiko yang terpaksa dihadapinya.
Sebagai usahawan yang berjaya, nyatakan tindakan-tindakan anda untuk membantu rakan memulakan perniagaan tersebut.
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
**Bahan 2**
**Bahasa Itu Kita**
Bahasa melihat kita dengan tanda tanya
mulut yang berbicara melupakannya
tangan yang mencatat memilih frasa berbeza
mata bagai dituba oleh sengaja
akal mencari ralat di sebaliknya.
Ayat-ayat jati diri pilu diketepikan
apabila ada tulisan meminggirkannya
walau telah termaktub dalam akta,
bahasa mencari salah siapa.
Dalam keriuhan bermesra,
bahasa ibunda terkurung di sebalik perbualan;
apakah kerana setia yang telah terhakis,
atau penjajah masih di halkum mereka
Usah dibiarkan bahasa lidah kita
menjadi diam dan tersembunyi
kerana bahasa itu pelita akal dan budi
citra tanah air hingga ke akhir zaman.
SOLIHIN OSMAN
Dangau Seni, Kangar
**Bahan 3**
**Gurindam Bahasa dan Kesusasteraan**
Jika bahasa dipandang sangsi,
Lunturlah jati diri generasi.
Bahasa Melayu warisan bangsa,
Wajib dipelihara sepanjang masa.
Dalam pekerjaan dan urusan dagang,
Bahasa Inggeris sering dijulang.
Karya sastera seolah sirna,
Dikata tidak membawa guna.
Andai bahasa tidak dimartabatkan,
Maruah bangsa turut dipertaruhkan.
Peliharalah bahasa dengan bijaksana,
Agar terus mekar mewarna.
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah perasaan penulis ketika menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsanya?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan perkara-perkara yang menunjukkan Bahasa Melayu dipinggirkan.
4 分
iii
Pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan murid.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti tersebut?
3 分
iv
Rakan karib anda sering menggunakan bahasa yang kurang sopan di media sosial milik peribadinya. Sikap tersebut telah mempengaruhi sebilangan besar pengikutnya yang sekali gus mencetuskan kebimbangan.
Sebagai seorang yang cinta akan bahasa ibunda, apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk menyedarkan rakan?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> Nordin bingkas bangun. Adnan segera membuka pencak silatnya bagi mempertahankan diri kerana menyangka Nordin mahu menyerangnya.
>
> “Sekarang baru bertemu buku dengan ruas. Apa tunggu lagi? Lawanlah,” cabar Mamat.
>
> Nordin memandang ke arah kawan-kawannya seolah-olah meminta bantuan. Tetapi masing-masing buat muka selamba sahaja. Tidak ada yang berani masuk campur.
>
> “Aku tahu kau pandai bersilat. Tapi aku tak takut!” bentak Nordin.
>
> Dengan pantas dia meluru ke arah Adnan lalu melepaskan beberapa tumbukan tetapi dapat ditepis oleh Adnan sehingga tidak satu pun yang mengena sasaran. Nordin bertambah berang. Dia mengumpul kekuatan lalu menerkam ke arah Adnan. Dengan pantas Adnan mengelak. Nordin terbabas lalu terjatuh ke dalam parit. Kawan-kawannya segera mendapatkan Nordin.
>
> “Sudahlah Nordin. Adnan itu bukan lawan kau!” kata Lepat.
>
> Dipetik daripada novel *Leftenan Adnan Wira Bangsa* oleh Abdul Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nyatakan tindakan Nordin semasa cuba menyerang Adnan.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang dianggap menarik oleh pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Penyakit berjangkit merupakan satu fenomena biososial atau juga dikenali sebagai penyakit infeksi. Manusia boleh dijangkiti penyakit melalui hubungan manusia sesama manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Namun begitu, terdapat juga manusia dijangkiti penyakit melalui air dan makanan.
Penyakit leptospirosis misalnya, merupakan penyakit yang sering berjangkit kepada manusia. Penularan penyakit ini disebabkan oleh bakteria *leptospira* yang terdapat dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing dan lembu. Apabila air, tanah, makanan atau minuman tercemar dengan air kencing haiwan yang dijangkiti, manusia boleh mendapat penyakit ini melalui sentuhan, luka pada kulit atau pengambilan makanan dan minuman yang tercemar. Oleh itu, makanan dan minuman hendaklah sentiasa ditutup bagi menghindari ancaman makhluk perosak seperti tikus.
Kini, Malaysia dikejutkan dengan penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit yang sering menyerang kanak-kanak dan boleh merebak dengan cepat dalam komuniti. Penularan HFMD berlaku disebabkan oleh sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis pesakit yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus tersebut. Bagi mengelakkan daripada dijangkit HFMD, ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa membersihkan tangan anak-anak ketika berada di luar rumah bagi memastikan tahap kebersihan diri anak-anak terjamin.
Kemasukan pekerja asing yang tidak terkawal lebih-lebih lagi yang memasuki negara secara haram mengakibatkan penularan penyakit berjangkit semakin membimbangkan. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit seperti tuberkulosis (TB), hepatitis, malaria dan penyakit berjangkit lain merebak kepada masyarakat setempat. Oleh itu, pekerja asing yang sah, perlu menjalani ujian kesihatan lebih dahulu di negara asal mereka atau negara penerima.
Secara tuntasnya, semua pihak tidak terkecuali dalam memainkan peranan untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit. Masyarakat seharusnya berganding bahu menangani masalah penyakit berjangkit dengan lebih berkesan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menangani Penularan Penyakit Berjangkit’ oleh Zulfigar Mohd Yusof, *Dewan Siswa*, Bil.09/2018
**Bahan 2**
Aiman: Saya bimbang melihat statistik penyakit berjangkit yang semakin meningkat pada masa ini.
Fikri: Betul, Aiman. Penularan ini sangat berbahaya kerana keadaan ini boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia.
Aiman: Saya juga terbaca bahawa penularan penyakit berjangkit yang berterusan boleh menjejaskan ekonomi negara kerana banyak sektor perniagaan terpaksa mengurangkan operasi atau ditutup sementara.
Fikri: Saya berharap agar tiada lagi penularan penyakit berjangkit pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat di negara kita.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan, kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan.** Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.