Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Sukan membentuk murid menjadi seorang individu yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui penglibatan aktif dalam bidang sukan, setiap murid dapat berfikir secara rasional, memiliki keyakinan diri yang tinggi dan tidak mudah berputus asa. Oleh itu, segala kemudahan sukan yang disediakan oleh pihak kerajaan perlu dimanfaatkan oleh semua murid. Selain itu, guru juga perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dalam bidang sukan agar dapat menjadi suri teladan kepada murid.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Membudayakan Sukan di Malaysia’ oleh Suhazlina binti Mohamed Samsudin, *Dewan Siswa*, Bil. 10/2024
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bilangan.** Kemudian, bina **satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata bilangan** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum</u>. Landskap sosial negara yang unik telah menjadikan usaha perpaduan ini perlu terus dipertahankan agar masyarakat yang menghuni negara ini bersatu hati. Oleh itu, <u>mekanisme pendedahan dan pembelajaran merupakan aspek terpenting dalam mengukuhkan pemahaman masyarakat terhadap prinsip Rukun Negara</u>. Usaha ini meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat, terutamanya kepada golongan belia yang dapat memberikan impak positif terhadap pembangunan dan keharmonian negara. <u>Inisiatif lain ialah memberikan penekanan terhadap ilmu pengetahuan sejarah kerana sejarah dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memperkukuh Perpaduan Melalui Prinsip Rukun Negara’ oleh Siti Irni Yuslinda, *Dewan Siswa*, Bil. 09/2024
Pisahkan **ayat-ayat majmuk** yang bergaris kepada **enam ayat tunggal** tanpa mengubah maksud asal petikan.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **beberapa kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
5 分
Bahan 2
Pada 18 hingga 20 Jun 2021, Taman Buaya dan Rekreasi Melaka menganjurkan lawatan maya kepada para pengunjung yang berminat. Lawatan maya yang dianjurkan adalah mendapatkan dana pengurusan haiwan di taman tersebut. Sambutan yang diterima daripada masyarakat amat memberangsangkan sejak program tersebut diungkapkan dalam laman Facebook Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.
Selain itu, pihak pengurusan Taman Buaya dan Rekreasi Melaka juga anjurkan Program Adopsi Terbuka Haiwan. Program lawatan maya diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad selama dua sesi. Setiap sesi mengambil masa kira-kira satu setengah jam. Harga ticket lawatan maya ialah RM7.00 seorang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lawatan Maya di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka’ oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, *Dewan Kosmik*, 27 Jun 2021
6 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti.
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi *Sejadah Rindu*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu standard** tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
Kempen antibuli yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan mendapat liputan meluas melalui pelbagai platform media massa. Namun, sambutan dalam kalangan pelaku buli masih mengecewakan kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Mereka tetap enggan mengubah sikap walaupun telah diberikan nasihat dan sesi kaunseling secara berulang. Sekiranya tidak ada kesedaran diri, semua usaha pihak berkuasa hanyalah bagai hujan jatuh ke pasir. Lebih menyedihkan, mangsa buli dan orang sekeliling hidup bagai duduk dalam duri terutamanya ahli keluarga yang terpaksa menanggung tekanan emosi akibat perbuatan tersebut.
Kenal pasti dan senaraikan **tiga** peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian berikan **maksud** peribahasa tersebut.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
613 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Peria katak atau nama saintifiknya, Momordica charantia merupakan sayuran yang dikatakan mengandungi dua kali ganda kalsium yang terdapat dalam bayam dan dua kali ganda beta-karotena yang terdapat dalam brokoli. Selain bentuknya yang unik, peria dikatakan dapat digunakan untuk merawat diabetes sejak sekian lama. Peria juga mengandungi momordicin glikosida bukan toksik, yang memberikan rasa pahit dan bermanfaat untuk kesihatan.
Kajian dijalankan dalam beberapa tahun belakangan ini membuktikan bahawa memasukkan peria ke dalam diet harian mampu membantu untuk mengurangkan berat badan. Walaupun mengandungi pelbagai *khasiat penting*, peria ialah sayuran yang sering dielakkan kerana rasanya yang pahit. Menurut kajian, peria mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi berbanding labu dan timun.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manisnya’ Peria Katak Miliki 1,001 Manfaat Kesihatan Terbaik’ *Berita Harian*, 2 Ogos 2023
**Bahan 2**
Peria katak tergolong dalam kumpulan tumbuhan yang hidup secara memanjat dan sering dirujuk sebagai keluarga labu. Jenis tumbuhan dalam keluarga ini termasuklah timun, labu, zukini, petola dan labu air. Keunikan rasa peria yang pahit berpunca daripada kehadiran pelbagai sebatian bioaktif yang bukan sahaja berfungsi melindungi tumbuhan daripada ancaman persekitaran malah menawarkan manfaat yang penting kepada kesihatan manusia.
Dari sudut ekologi, rasa pahit berperanan sebagai mekanisme pertahanan semula jadi yang melindungi tumbuhan daripada serangan serangga dan haiwan pemakan tumbuhan. Dari perspektif perubatan pula, sebatian yang menghasilkan rasa pahit ini dikenal pasti mempunyai sifat antikulat, antibakteria dan antiradang yang berpotensi digunakan dalam rawatan kesihatan. Selain itu, sebatian pahit turut membantu untuk merangsang penghasilan enzim penghadaman yang penting dalam proses pencernaan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ekstrak Biji Peria Katak: Sumber Bioaktif untuk Pertanian Lestari’ oleh Noor Hasyierah Mohd Salleh, *Dewan Kosmik*, 5 November 2025
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud rangkai kata *khasiat penting*.
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan faedah-faedah sayur peria kepada kesihatan manusia.
3 分
iii
Tidak dapat dinafikan bahawa pengambilan makanan berkhasiat amat penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikannya?
4 分
iv
Rakan anda mengadu bahawa anaknya terlalu gemar mengambil makanan segera dan makanan diproses sehingga kurang mengambil makanan yang berkhasiat. Keadaan ini menyebabkan rakan anda berasa bimbang akan tahap kesihatan anaknya.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, berikan cadangan-cadangan untuk membantu rakan anda menggalakkan anaknya mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.
4 分
712 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya ini. "Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun.
Pesanan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda untuk anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di tengah ibu kota.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri, dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Instanbul*, Dewan Bahasa dan Pustaka
**Bahan 2**
**Pantun Nasihat Bonda**
Hujung rimba mengumpan denak,
Di pohon redup beralas papan;
Pesan bonda buatmu anak,
Panduan hidup masa hadapan.
Daun beringin gugur ke paya,
Ambilkan satu untuk diramu;
Jika ingin hidup berjaya,
Rajin selalu menuntut ilmu.
Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di ranting muda;
Walau ke mana langkahmu pergi,
Jangan lupa agama di dada.
Mendayung sampan di Tasik Chini,
Singgah sebentar di Kampung Sentosa;
Dengarlah anak pesanku ini,
Semoga hidupmu bahagia sentiasa.
Rose
Maran, Pahang
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah kepentingan bahasa?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, nyatakan pesanan bonda.
3 分
iii
Generasi muda kini sanggup berhijrah ke ibu kota untuk mencari pekerjaan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran tersebut?
3 分
iv
Ramai individu tertarik dengan tawaran pekerjaan di luar negara kerana gaji yang lumayan. Namun, terdapat kes penipuan oleh agensi pekerjaan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan ramai yang menjadi mangsa.
Sebagai seorang pegawai penguat kuasa yang berpengalaman, apakah nasihat-nasihat anda untuk mengatasi masalah tersebut?
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Dia tidak berjaya menerobos kenangan masa silam yang tersimpan rapi di ingatan Farisha. Mungkinkah dia ingat siapa dirinya? Dari mana dia datang? Apakah tujuan hidupnya?
>
> Sudah sebulan lebih Aqram cuba menjejaki Farisha. Dr. Maxi yang memberikannya tugasan khas ini. Aqram memulakan pencarian di syarikat lama tempat Farisha bekerja. Maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan lamanya di situ tidak berjaya membantu kerana Farisha sudah berpindah rumah beberapa kali dan juga menukar nombor telefon. Alamat e-mel yang lama sudah tidak aktif. Dia juga sudah menghapuskan akaun *Facebook*, *Twitter* dan blog peribadi.
>
> Farisha seperti cuba menyembunyikan diri, dia tidak pernah menghubungi rakan-rakan di tempat kerja lama. Ramai yang mengakui kali terakhir mereka bertemu Farisha adalah pada hari terakhir dia bertugas di situ.
>
> Dipetik daripada novel *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengapakah Aqram tidak berjaya menjejaki Farisha?
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa* karya Abdul Latip Talib
b) *Di Sebalik Dinara* karya Dayang Noor
c) *Jendela Menghadap Jalan* karya Ruhaini Matdarin
d) *Pantai Kasih* karya Azmah Nordin
e) *Songket Berbenang Emas* karya Khairuddin Ayip
f) *Tirani* karya Beb Sabariah
g) *Bimasakti Menari* karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) *Silir Daksina* karya Nizar Parman
Berdasarkan **dua** buah novel yang anda pelajari, huraikan **satu** peristiwa yang boleh menjadi ikutan kepada pembaca dalam mengekalkan keharmonian masyarakat.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Seiring dengan perkembangan teknologi, penggunaan kereta elektrik semakin mendapat perhatian masyarakat di peringkat global sebagai alternatif kepada kenderaan konvensional. Dalam usaha mencapai status ‘Net Carbon Zero’ menjelang tahun 2050, penggunaan kereta elektrik mampu membantu untuk mengurangkan pencemaran udara. Hal ini dikatakan demikian kerana teknologi ini tidak menggunakan enjin pembakaran dalaman yang mengeluarkan asap ekzos. Buktinya, bandar-bandar seperti Oslo dan Amsterdam yang menggalakkan penggunaan kereta elektrik telah mencatatkan peningkatan kualiti udara. Namun realitinya, usaha memperluas penggunaan kereta elektrik di Malaysia menghadapi kesukaran kerana kekurangan infrastruktur pengecasan.
Kereta elektrik mula menjadi pilihan kerana kemampuannya beroperasi dengan lebih senyap dan kurang getaran hingga menjanjikan keselesaan kepada pemandu. Keadaan ini sekali gus dapat mengurangkan pencemaran bunyi kerana tiada gegaran berlebihan dalam enjin seperti letupan kecil yang berulang-ulang di dalam piston. Tambahan pula, kebanyakan kereta elektrik moden dilengkapi teknologi canggih iaitu sistem brek regeneratif yang membolehkan tenaga kinetik ditukar semula kepada tenaga elektrik bagi mengelakkan pembaziran daya. Namun begitu, pengguna sering kali berasa tidak yakin untuk menggunakan kereta elektrik dalam perjalanan jauh. Tanpa jaminan bahawa terdapat stesen pengecas berfungsi dalam jarak selamat, ramai pengguna kekal memilih kenderaan enjin pembakaran dalaman yang dianggap lebih praktikal buat masa ini.
Masalah turut timbul di kawasan kediaman berstrata seperti pangsapuri dan kondominium apabila pemasangan unit pengecas peribadi sering menghadapi halangan daripada pihak pengurusan bangunan. Ramai penduduk tidak diberi kebenaran untuk memasang pengecas walaupun di tempat parkir milik sendiri hingga menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada pengecas awam. Walau bagaimanapun, pengguna akan berasa sedikit lega apabila kereta berteknologi sebegini sentiasa dilengkapi dengan bateri yang lebih tahan lama dan tahan lasak. Sebagai negara yang ingin menerajui usaha melestarikan alam, Malaysia perlu memastikan proses peralihan kepada kereta elektrik tidak hanya bersifat luaran semata-mata tetapi benar-benar menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar untuk jangka panjang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kereta Elektrik Titik Peralihan Ke Arah Mobiliti Rendah Karbon’ oleh Dr. Siti Mastura Mohamad Zakaria, berita.rtm.gov.my
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan. Kemudian, buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.