Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Kemajuan teknologi membuka pelbagai peluang untuk memperkasakan bahasa Melayu. Terdapat banyak kandungan dalam bahasa Melayu yang pernah dihasilkan termasuklah video dan infografik. Penggunaan perisian seperti pengecaman suara juga telah memudahkan penggunaan bahasa Melayu dalam dunia digital. Kini, perkembangan kecerdasan buatan (AI) membantu pengguna agar dapat berinteraksi secara lisan dengan menggunakan bahasa Melayu melalui *ChatGPT*. Secara tidak langsung, bahasa Melayu akan terus disebarluaskan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia harus mendorong guru dan murid agar memanfaatkan aplikasi AI.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Melayu dalam Era Digital’ oleh Alex Leong Jun Wei, *Dewan Siswa*, Bil 2/2025
Kenal pasti dan senaraikan **empat kata bantu**. Kemudian, **bina satu ayat anda sendiri** daripada setiap **kata bantu** tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
8 分
26 分
Baca petikan di bawah dengan teliti.
<u>Batik merupakan warisan seni tekstil yang amat bernilai bagi masyarakat Malaysia.</u> Menurut Kraftangan Malaysia, batik Malaysia didefinisikan sebagai seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya. <u>Hasil seni kraf tangan ini mempamerkan budaya sesuatu bangsa melalui rekaan motif dan warnanya</u>. Setiap seni batik mempunyai motif beridentitikan seni budaya masyarakat Malaysia. Pada tahun ini, kontinjen Malaysia sekali lagi memilih batik sebagai busana pilihan semasa perarakan upacara pembukaan Sukan Asia Tenggara (SEA) Thailand sebagaimana dua tahun lepas di Phnom Penh, Kemboja. <u>Busana batik ini bukan sekadar pakaian tetapi juga menggambarkan Malaysia sebuah negara bertradisi</u>.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Busana Batik Pilihan Kontinjen Malaysia’ oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, *https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2025/12/18/14354*
Cerakinkan **ayat majmuk** yang bergaris kepada **ayat-ayat tunggal** tanpa mengubah maksud asalnya.
6 分
311 分
Bahan-bahan di bawah mengandungi **pelbagai kesalahan bahasa**. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.
Bahan 1
Lembah Klang telah dilanda oleh cuaca panas yang luar biasa. Pada siang hari, matahari memancar terik manakala pada sebelah malam pula, cuaca panas di ikuti dengan bahang yang menganggu tidur banyak orang. Cuaca panas ini telah menyebabkan berlakunya kemarao. Hal ini juga mengakibatkan banyak bendungan air kering, tanaman musnah, berlaku kebakaran, jerebu dan tanah tidak dapat diusahakan. Selain itu, pelbagai-bagai aktiviti di luar rumah tidak dapat dilakukan. Rakyat dinasihati agar berhati-hati dengan setrok haba yang berpunca dari cuaca panas melampau.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dunia Semakin Tenat?’ oleh Azimah Ismail, *Dewan Siswa*, Bil 10/2020
6 分
Bahan 2
5 分
44 分
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya kembali.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi *Jaket Kulit Kijang dari Istanbul*, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tulis semula petikan tersebut dalam **bahasa Melayu Standard** tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
4 分
56 分
Baca dialog di bawah dengan teliti.
**Aminah :** Saya kagum melihat penduduk di taman kita ini. Apabila ada kenduri atau musibah, semua turun padang membantu tanpa mengira kaum, bak kata peribahasa ………… (i) ………….
**Rosli :** Betul, Puan Aminah. Hubungan yang akrab ini sangat penting. Namun, kita juga perlu berhati-hati dengan segelintir individu yang suka menghasut secara diam-diam untuk memecahbelahkan kita. Sikap mereka itu seperti ………… (ii) ………….
**Aminah :** Saya setuju. Dalam aspek ekonomi pula, saya harap anak muda kita berani berniaga. Walaupun mencabar, mereka perlu ingat bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih kerana ………… (iii) ………….
Isikan tempat-tempat kosong dengan **peribahasa** yang sesuai mengikut situasi.
6 分
Bahagian B: Pemahaman全答 3 题
612 分
Baca **Bahan 1** dan **Bahan 2** yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Perpaduan di Malaysia merupakan satu anugerah yang unik, namun mengekalkannya bukanlah satu tugas yang mudah dalam arus globalisasi ini. Antara cabaran besar yang dihadapi ialah penularan sentimen perkauman dan provokasi melampau di platform media sosial yang *mampu menggugat* keharmonian antara kaum dalam sekelip mata. Selain itu, jurang ekonomi yang ketara serta pengasingan dalam sistem pendidikan turut menjadi penghalang kepada usaha integrasi nasional yang jitu. Cabaran ini perlu diatasi dengan semangat toleransi yang teguh demi kestabilan masa hadapan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Meniti Arus Perpaduan: Cabaran dan Realiti’ oleh Dr. Ahmad Zaki bin Ismail, *Dewan Masyarakat*, Bil 10/2023
**Bahan 2**
Pembentukan perpaduan di Malaysia sering berhadapan dengan cabaran yang semakin ketara dalam ruang siber. Penyebaran berita palsu yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya boleh mencetuskan polemik berpanjangan sehingga menjejaskan keharmonian. Oleh itu, rakyat perlu bijak menapis maklumat agar ukhuwah yang terjalin tidak rapuh dek hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, ketidakseimbangan sosioekonomi antara wilayah dan kaum kekal menjadi duri dalam daging bagi agenda integrasi nasional. Apabila sesuatu kaum berasa terpinggir daripada arus pembangunan, perasaan tidak puas hati akan mula menular. Cabaran ini ditambah pula dengan keberasingan sistem pendidikan yang mengehadkan ruang interaksi sosial, sekali gus menyukarkan usaha memupuk pemikiran bangsa Malaysia yang holistik.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Integrasi dan Komunikasi’ *Dewan Masyarakat*, Bil 8/2022
i
Berdasarkan **Bahan 1**, berikan maksud *mampu menggugat*?
2 分
ii
Berdasarkan **Bahan 1** dan **Bahan 2**, apakah cabaran membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat?
3 分
iii
Amalan gotong-royong dan rumah terbuka di kawasan perumahan merupakan antara aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan dalam kawasan kejiranan. Namun, amalan ini semakin kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah punca-puncanya?
3 分
iv
Rakan anda sering memuat naik hantaran negatif di media sosial yang mendedahkan konflik dan masalah peribadi rakan sekelasnya. Hal ini telah menimbulkan pergaduhan dalam kalangan rakan sekelas.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut?
4 分
713 分
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
**Bahan 1**
Bunyi dengung mesin. Perlahan, namun tetap ada. Di celah pohon senduduk dan semak buluh, mereka nampak bangunan itu semula. Kini, jelas terlihat lampu kuning malap dari tingkap. Asap nipis meliuk lentok menari-nari ke langit, tidak lelah meskipun malam sudah larut.
“Macam ada orang sedang bekerja,” bisik Amir.
“Kilang biskut edisi tengah malam agaknya.”
“Kalau betul kilang makanan, kenapakah tiada tanda pemprosesan makanan? Di manakah unit kawalan kualiti, sistem rawatan air?” Adnin menuruni cerun perlahan-lahan.
“Mari kita intai dekat sedikit,” kata Adnin.
Dari celah-celah daun merunggai, mereka lihat longkang terbuka di tepi bangunan itu. Air hitam keperangan mengalir laju terus menuju ke sungai. Bau logam makin menyengat, kini disertai sedikit bau asid. Adnin mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Mesti ada pembuangan efluan. Tanpa rawatan. Ini melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 25.”
“Engkau hafal semua akta itu?” Ain kagum, meskipun suaranya masih berbisik.
“Fakta kan senjata!” balas Adnin. “Dan sungai ini rumah kita.”
Dipetik daripada cerpen ‘Sungai Tidak Pandai Menipu’ oleh Zanazanzaly, *Dewan Siswa*, Bil. 09/2025
**Bahan 2**
**Gurindam Sungai Merintih**
Jika air sungai berubah warna,
itulah tanda sisa industri mencemar bahana.
Jika ikan mati terapung ke tepi,
racun kimia mungkin masuk tanpa henti.
Jika bau bahan kimia menusuk deria,
sungai sedang sakit menanggung derita.
Jika buih tebal muncul di permukaan,
air tercemar akibat bahan buangan.
Jika air keruh walau tiada hujan,
itu petanda pencemaran berpanjangan.
Jagalah sungai warisan bersama,
agar alam lestari sepanjang masa.
**ALIYAH SOFIA**
Ogos 2025
i
Berdasarkan **Bahan 1**, apakah soalan yang dikemukakan oleh Adnin sekiranya kilang tersebut adalah kilang makanan?
2 分
ii
Berdasarkan **semua bahan**, nyatakan tanda-tanda bahawa sungai tersebut telah tercemar.
3 分
iii
Malaysia mempunyai banyak sungai yang menjadi sumber bekalan air, habitat hidupan akuatik dan kawasan rekreasi masyarakat. Namun, kebelakangan ini terdapat banyak sungai dilaporkan mengalami pencemaran dan tidak lagi selamat digunakan.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut?
4 分
iv
Sungai yang terletak berhampiran kawasan perkampungan anda dahulunya bersih dan menjadi tempat rekreasi penduduk setempat. Namun, kini sungai tersebut dipenuhi sisa plastik serta bahan buangan lain yang dibuang ke dalam sungai.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, nyatakan langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
4 分
810 分
Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
i
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
> “Kerana kegelapan mengundang jenayah. Perkara jahat berlaku dalam gelap seperti kecurian, rompakan dan maksiat,” terang Dato’ Johann.
>
> Wajah Nurul Hafsa itu tiba-tiba seperti dilanda ilham dan sepantas kilat dia menjawab. “Dato’ Johann, ada lampu atau tiada lampu tidak mempunyai kaitan dengan kadar jenayah. Kawalan, penguatkuasaan dan pemantauan pihak berkuasalah yang dapat menurunkan kadar jenayah,” Nurul Hafsa menjawab penuh yakin.
>
> “Polis tidak boleh berada pada semua tempat pada setiap masa,” Dato’ Johann membidas.
>
> “Di samping itu, langkah-langkah kawalan untuk mengelakkan aktiviti jenayah juga sepatutnya diambil sebelum jenayah itu berlaku. Misalnya, pasangkan gril dan kunci rumah dengan baik. Elakkan daripada melalui jalan-jalan sunyi. Elakkan keluar malam,” Nurul Hafsa mengukuhkan hujahnya.
>
> Dipetik daripada Novel *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan langkah-langkah kawalan yang perlu diambil sebelum sesuatu kegiatan jenayah berlaku.
4 分
ii
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) *Leftenan Adnan Wira Bangsa*, karya Abdul Latip Talib
(b) *Di Sebalik Dinara*, karya Dayang Nor
(c) *Jendela Menghadap Jalan*, karya Ruhaini Matdarin
(d) *Pantai Kasih*, karya Azmah Nordin
(e) *Songket Berbenang Emas*, karya Khairuddin Ayip
(f) *Tirani*, karya Beb Sabariah
(g) *Silir Daksina*, karya Nizar Parman
(h) *Bimasakti Menari*, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan **dua buah** novel yang anda pelajari, jelaskan **satu** peristiwa yang bertujuan untuk mendidik pembaca.
6 分
Bahagian C: Rumusan全答 1 题
930 分
**Bahan 1**
Komunikasi merujuk proses penyampaian maklumat, idea, emosi atau mesej daripada pengirim kepada penerima melalui pelbagai saluran bagi mencapai persefahaman bersama. Dalam kehidupan mahasiswa, komunikasi bukan sahaja berlaku secara peribadi melalui interaksi interpersonal, malah merangkumi komunikasi profesional.
Selaras dengan Pelan Pendidikan Negara, kemahiran komunikasi merupakan elemen utama dalam pembangunan graduan holistik yang seimbang dari pelbagai aspek. Kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa bukan sahaja menyokong pembentukan jati diri dan hubungan sosial yang positif malah memperkukuh kesiapsiagaan mereka sebagai modal insan berkualiti yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Apakah yang boleh dilakukan oleh bakal graduan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi? Sewaktu peringkat pengajian, mahasiswa harus terlibat secara aktif dalam perbincangan dalam kelas. Perbincangan ini boleh terjadi melalui pembentangan, perbincangan isu, forum, debat dan sebagainya. Sekiranya di dalam kelas itu terdapat mahasiswa dari pelbagai negara dan bangsa, mereka hendaklah dihimpunkan dalam satu kumpulan supaya mereka boleh berinteraksi merentasi budaya. Kemahiran komunikasi juga mampu membantu seseorang mencapai kejayaan peribadi dan profesional.
Mahasiswa tidak harus ‘menunggu’ usaha daripada pihak universiti untuk menambah baik kualiti komunikasi mereka. Sebaliknya, mereka harus proaktif mencari ruang dan peluang untuk memajukan diri. Mahasiswa seharusnya muncul sebagai modal insan yang berkualiti dan berdaya tahan dan memiliki kemahiran insaniah yang memenuhi keperluan dunia pekerjaan dan pembangunan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Graduan Tidak Mahir Komunikasi’, oleh Muhammad Sadiq Mohd Salihoddin, *Dewan Kosmik*, Februari 2026
**Bahan 2**
**Guru :** Pada pendapat kamu, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memperkukuh kemahiran komunikasi mahasiswa?
**Murid 1:** Pada pendapat saya, setiap pelajar harus diberi peluang untuk membentangkan hasil kajian masing-masing di dalam kelas. Kelebihannya, mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan melatih diri lebih berani bercakap di hadapan orang ramai. Selain itu, mereka perlu berani bertanya soalan dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti forum atau debat.
**Murid 2:** Saya bersetuju dengan pendapat awak. Pensyarah juga perlu sentiasa menggalakkan mahasiswa bertanya soalan atau berkongsi pendapat agar suasana pembelajaran lebih kondusif dan interaktif.
**Bahan 3**
Baca dan teliti **setiap bahan** yang diberikan. Kemudian buat satu **rumusan** yang panjangnya **tidak melebihi 120 patah perkataan**. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.